Hasan Ali Minta Maaf Kepada Pemimpin Tertinggi PAS

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah meminta maaf kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya terhadap parti sebelum ini dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.

Malah, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataan negatifnya yang telah menjejaskan nama baik parti.

Pertemuan itu turut disertai bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Turut hadir sama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata, beliau melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Hasan yang bersedia memohon maaf dan menarik balik kenyataannya sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau sendiri akan membuat kenduri makan tengah hari kecil-kecilan di kediaman rasminya tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan