Pihak Berkuasa Di Bali Siasat Laporan HIV Berpunca Daripada Tatu

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pihak Berkuasa Kesihatan Bali sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pelancong Australia dijangkiti HIV menerusi jarum kotor ketika ditatu di sebuah kedai tatu di Kuta di pulau peranginan itu.

Ketua Agensi Kesihatan daerah Badung, Gede Putra Suteja berkata pihak berkuasa itu telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat dakwaan itu dan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap kedai tatu itu.

"Kemungkinan besar, pelancong itu dijangkiti virus ketika ditatu kerana pada kebiasaannya menggunakan jarum yang sama merupakan punca jangkitan HIV," media tempatan melaporkan pada Isnin.

Seorang pemilik kedai tatu di Kuta, Kadek berkata beliau sentiasa mensteril alat untuk tatu selepas digunakan dan pelancong ini mungkin dijangkiti HIV menerusi hubungan seks tidak selamat di Bali dan bukan ketika ditatu," katanya.

Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Australia berkata seorang pesakit didiagnos dengan HIV, kemungkinan dijangkiti virus itu ketika ditatu di Bali dan mencadangkan mereka yang telah ditatu di pulau itu agar mempertimbangkan untuk diuji HIV dan virus berkaitan darah lain. Sementara itu dalam usaha untuk mencegah meningkatnya bilangan mereka yang dijangkiti HIV/AIDS di Bali, pihak berkuasa di pulau itu merancang menubuhkan lebih banyak klinik sukarela kaunseling dan ujian (VCT).

Ketua Agensi Kesihatan Bali Nyoman Sutedja berkata baru-baru ini kini terdapat 26 klinik VCT di Bali tetapi kesemua 57 daerah kecil di pulau itu akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah klinik VCT pada masa akan datang.

Dengan pembukaan lebih banyak klinik VCT, akan menjadikan orang ramai lebih menyedari dengan risiko jangkitan virus itu dan membuat pemeriksaan di klinik itu.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan AIDS Indonesia, jumlah kes HIV/AIDS yang dilaporkan di Bali telah meningkat pada tahun lepas, dengan satu kes bagi setiap empat pelacur dilaporkan positif HIV dan bilangan ini melonjak hampir 19 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

Terdapat 5,222 kes HIV/AIDS di Bali pada tahun lepas dengan hampir separuh daripadanya adalah di Denpasar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan