Pantai Teluk Lipat, Dungun Dilanda Hakisan Teruk

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.

Antara daerah yang teruk dilanda fenomena itu yang dijangka berlarutan sehingga awal Januari depan ialah Dungun dengan hampir sebahagian persisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar.

Tinjauan Bernama mendapati bukan sahaja berpuluh-puluh batang pokok Rhu tumbang malah sebahagian jalan utama yang menghubungkan pengguna jalan raya ke sebuah institusi pendidikan dekat sini turut rosak dipukul ombak.

Ombak kuat setinggi lima meter yang memukul persisir pantai sepanjang tiga kilometer itu meruntuhkan jalan raya berkenaan sehingga memaksa ia ditutup kepada semua kenderaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Seorang pengusaha kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, berkata keadaan jalan raya runtuh sikit demi sedikit akibat hakisan itu yang dikesan berlaku sejak empat hari lalu.

Katanya, sejak 26 tahun mengusahakan kedai makan di situ, ini adalah kejadian ombak besar yang paling teruk pernah berlaku sehingga mengundang rasa bimbang penduduk sekitar kawasan itu.

"Memang kawasan ini sering dilanda ombak besar setiap tahun namun tidaklah sampai meranapkan jalan raya dan menumbangkan puluhan pokok.

"Apa yang membimbangkan, fenomena ini dijangka berterusan beberapa hari dan ini sangat membimbangkan kerana air ombak sudah mula naik sehingga mencecah ke jalan raya yang hanya beberapa meter dari kedai di sini," katanya ketika ditemui di sini Isnin.

Dalam pada itu seorang peniaga, Rosdi Busu, 42, memberitahu beliau berharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana keadaan tersebut amat berbahaya kepada pengguna terutamanya pada waktu malam.

Katanya, biarpun tanda amaran telah diletakkan di bebarapa bahagian jalan itu namun kerja-kerja penambakkan perlu dilaksanakan dengan lebih cepat ekoran air pasang yang dijangka lebih besar bermula malam ini.

"Kita bimbang sekiranya ombak ini menghakis pasir di bawah struktur jalan tar ini ia sukar dilihat dan boleh menyebabkan risiko tanah runtuh," katanya.

Dalam pada itu, kawasan di sepanjang pantai sejak beberapa hari lepas dibanjiri orang ramai yang teruja melihat fenomena ombak besar yang telah memusnahkan sebahagian persisir pantai yang terkenal dengan industri bijih timah pada suatu ketika dulu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan