Keadaan Banjir Di Tiga Negeri Tidak Banyak Berubah

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri tidak banyak berubah setakat 11 pagi ini dengan Johor kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Di JOHOR BARU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah ialah seramai 1,214 orang berbanding 1,236 orang petang semalam.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, mereka ditempatkan di 18 pusat pemindahan iaitu lapan di Segamat, tujuh di Mersing dan tiga di Batu Pahat.

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih ditenggelami air dan ditutup kepada semua kenderaan.

Perkampungan itu hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara, kata portal itu. Di ROMPIN, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan juga tidak banyak berubah apabila hanya enam orang dibenarkan balik sejak petang semalam, menjadikan jumlah yang masih berada di pusat berkenaan seramai 619 mangsa.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua mangsa kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah itu.

"Seramai 137 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, SK Pianggu (430) dan Dewan Teluk Gading (52) setakat 9 pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Di SANDAKAN, jumlah mangsa banjir di kampung Gum-Gum yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 194 orang pada 9 pagi ini berbanding 351 semalam.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata kesemua 73 keluarga itu ditempatkan di Dewan Sri Gum-Gum dan tidak dibenarkan kembali ke rumah masing-masing kerana dikhuatiri paras air Sungai Gum-Gum meningkat pada bila-bila masa.

Sementara itu, beberapa sungai utama di Beluran kini berada pada paras berjaga-jaga.

Penolong pegawai daerahnya, Roger Appolonius ketika dihubungi, berkata penduduk terutama yang tinggal berhampiran tebing sungai dinasihatkan segera berpindah ke kawasan selamat jika mendapati paras air meningkat secara mendadak.

Jalan raya di Kilometer 1.5 Jalan SPSP 1 di daerah itu masih ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak semalam akibat dinaiki air banjir. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan