Jangan Cuba Runtuhkan Semangat Perpaduan Kaum - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 27 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang cuba meruntuhkan semangat perpaduan kaum di negara ini.

Beliau berkata semangat perpaduan antara kaum yang telah menjadi asas keharmonian negara sejak 54 tahun lepas perlu terus diperkukuhkan sebagai landasan untuk membawa Malaysia dan masyarakatnya menjadi sebuah negara berjaya dan maju pada 2020.

"Jangan ada pihak yang hendak meruntuhkan atau meleraikan segala asas yang telah terbentuk di atas kesepakatan dan kerjasama antara pimpinan yang datang dari pelbagai kaum keturunan dan agama.

"Kesefahaman ini perlu diperkukuh dan dipertahankan untuk melihat aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang boleh diikuti oleh negara-negara lain akan menjadi kenyataan tidak berapa lama lagi," katanya ketika berucap sempena majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011, di sini Isnin.

Hadir sama isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Muhyiddin berkata walaupun mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama namun jaringan kerjasama antara rakyat diyakini akan dapat dikukuhkan jika semangat saling menghormati, kasih-sayang dan perpaduan yang turut diterapkan dalam amalan-amalan beragama terus menjadi amalan masyarakat di negara ini.

Kata Muhyiddin sambutan pelbagai perayaan, termasuk Krismas yang diraikan masyarakat di negara ini perlu dikekalkan kerana ia penting untuk menyatukan masyarakat setempat dan seterusnya di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata sambutan Rumah Terbuka seperti itu pastinya mewujudkan perasaan saling memahami dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang melalui amalan ziarah menziarahi antara satu sama lain.

"Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mana sambutan seperti ini diadakan dan dijayakan bersama oleh seluruh rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang agama budaya dan kaum.

"Inilah keistimewaan Malaysia dan inilah yang kita harus jaga dan pelihara," katanya.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa dengan mendukung prinsip keadilan sosial untuk semua kaum, kerajaan tidak pernah mengetepikan mana-mana masyarakat daripada menikmati pembangunan yang dilaksanakan selama ini.

"Kita dapat melihat pencapaian agak begitu membanggakan di seluruh peringkat masyarakat kita, tidak kira mereka dari latar belakang agama atau keturunan kaum atau bangsa yag berbeza, semuanya tidak diketepikan, semuanya mendapat nikmat pembangunan yang kita laksanakan selama ini.

"Ini sesuatu yang kita rasa syukur dan kita yakin dan percaya kalau kerjasama ini dapat diteruskan dengan melibatkan semua peringkat kepimpinan dalam masyarakat termasuklah kepimpinan agama, dan kalau kita dapat menerima apa-apa pandangan atau idea tidak kira ia datang dari siapa asalkan ia untuk kebaikan negara, maka pastinya negara Malaysia akan mencapai lebih banyak kemajuan pada masa-masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Rais dalam ucapannya berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin sentiasa memberi penghormatan terhadap kesemua tradisi dan perayaan rakyat negara ini.

"Setiap tahun kerajaan mengadakan sambutan bagi perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Deepavali, Krismas, Tahun Baru Cina, serta Tadau Kaamatan dan Gawai di Sabah dan Sarawak.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa memberi jalan supaya tradisi kita diberi penghormatan oleh setiap warga Malaysia. Mari kita tunjukkan kepada dunia kita mampu memberi penghormatan kepada semua agama dan tradisi selain daripada yang kita anuti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan