Pesara Tentera Digalak Sertai Projek Industri Pertahanan Di Sungkai - Zahid

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Pesara tentera Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam industri pertahanan terutamanya dalam bidang kejuruteraan digalak menyertai projek Pusat Industri Pertahanan di Sungkai, Tanjung Malim Perak yang dijangka dimulakan dalam suku pertama tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pesara tentera yang terlibat dalam industri pertahanan harus memanfaatkan projek itu kerana ia membuka peluang besar dalam perniagaan baru selain menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya kerajaan meletakkan sasaran pelaburan asing bernilai RM15 bilion apabila pusat industri pertahanan itu beroperasi sepenuhnya nanti.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 25 syarikat pertahanan antarabangsa telah menunjukkan minat iaitu 15 dari Eropah, Amerika Syarikat (lapan) dan dua dari Korea dengan nilai pelaburan bejumlah RM4.73 bilion.

"Selain itu, syarikat dari China dan India juga menunjukkan minat untuk melabur dalam projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya umum Ke-13 peringkat Parlimen Bagan Datoh, di sini.

Ahmad Zahid berkata industri pertahanan akan menjadi cabang ekonomi bentuk baru terutamanya dalam industri pembuatan yang bakal menjadi popular di negara ini dan peringkat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini.

"Perkembangan bidang industri terbaru ini pasti akan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan dan pesara tentera terutamanya yang tinggal di sekitar Tanjung Malim.

"Limpahan industri ini turut akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi bandar berdekatan termasuk Bandar Proton di Tapah, Cameron Highlands dan Kampar apabila projek berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan