Pengerusi Baru BN P. Pinang Bukan Satu Isu: Teng

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan menegaskan soal pengerusi baru BN Pulau Pinang bukan merupakan satu isu kepada BN negeri.

Beliau berkata, BN Pulau Pinang tetap bertugas seperti biasa dalam menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat di samping memastikan jentera parti di peringkat akar umbi bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Tidak ada apa yang perlu digusarkan ketika ini...tidak timbul isu itu (pengerusi baru), setiap minggu kami turun padang memastikan jentera parti di akar umbi menjalankan kerja seperti yang telah dirancang," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu pengerusi baru BN negeri.

Isu pengerusi baru BN Pulau Pinang mula hangat diperkatakan selepas pengerusinya yang juga Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada 19 Nov lepas mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sementara itu, Teng menasihatkan orang ramai yang telah menghantar borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) agar membuat semakan di pusat khidmat wakil rakyat dan penyelaras BN bagi memastikan borang itu diterima pihak yang menguruskan pemberian bantuan RM500 itu.

"Kami ada terima banyak aduan bahawa ada borang BR1M yang tidak dihantar dan diproses bagi membolehkan keluarga berpendapatan rendah mendapatkan bantuan, jadi kami harap mereka buat semakan untuk pastikan tidak ada yang tercicir untuk mendapat bantuan ini," katanya.

Teng mendakwa perkara itu berlaku kerana ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menggagalkan usaha kerajaan BN untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat negeri ini.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan borang BR1M secara percuma di pusat khidmat wakil rakyat dan penyelaras BN sebelum 10 Januari 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan