Banjir : Jumlah Mangsa Di Johor, Pahang Menurun, Sabah Tidak Berubah

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Johor menunjukkan penurunan apabila seramai 1,236 orang masih berada di pusat pemindahan petang ini berbanding 1,437 orang di sebelah pagi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 5 petang, Isnin, kesemua mangsa daripada 312 keluarga itu ditempatkan di 18 pusat pemindahan iaitu lapan di Segamat, tujuh di Mersing dan tiga di Batu Pahat.

Di Segamat, seramai 32 mangsa ditempatkan di Kampung Paya Dalam, Kampung Tandong (71), Kampung Mensudut Pindah (19), Kampung Kuala Paya (30), Kampung Sanglang (16), Kampung Batu Badak (103), Kampung Pogoh (88) dan Kampung Spangloi (29).

Di Mersing pula, seramai 173 mangsa ditempatkan di Pertubuhan Peladang Endau, Kampung Tanah Abang (11), Taman Negara Endau-Rompin (27), Sekolah Agama Pengkalan Batu (148), Balai Raya Kampung Air Merah (36), Sekolah Kebangsaan Bandar Endau (244) dan Sekolah Agama Mersing Kanan (58).

Di Batu Pahat, seramai 42 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandan, Kampung Baru Senggarang (58) dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (51).

Menurut portal itu, jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di daerah Rompin berkurangan kepada 625 orang berbanding 946 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata kesemua mereka kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di daerah itu.

"Seramai 137 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, SK Pianggu (430) dan Dewan Teluk Gading (58)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tiada kejadian banjir di daerah lain atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini di Pahang, katanya.

Di SABAH, mangsa banjir di Kampung Gum-Gum di Sandakan yang dipindahkan ke pusat pemindahan masih kekal 351 orang membabitkan 101 keluarga sehingga 5 petang ini.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata semua mangsa yang ditempatkan di Dewan Sri Gum-Gum belum dibenarkan balik ke rumah masing-masing.

Katanya ini kerana kawasan rumah mereka yang rendah masih tidak selamat kerana paras air sungai Gum-Gum boleh meningkat pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, mangsa banjir terbabit mendapat perhatian Anggota Dewan Undangan Negeri Gum-Gum Datuk Zakaria Edris yang menyampaikan bungkusan makanan kepada mereka hari ini.

Mereka juga menerima sumbangan berupa pakaian terpakai daripada Persatuan Bulan Sabit Merah Cabang Sandakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan