50 Lagi Tabika Perpaduan Akan Dibuka Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan akan dibuka di seluruh negara tahun depan terutama di kawasan bandar serta pinggiran bandar, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan.

Beliau berkata tumpuan diberikan di kawasan bandar dan pinggiran bandar kerana penduduknya tergolong dalam kategori miskin bandar.

Penubuhan Tabika Perpaduan bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun, terutama daripada keluarga berpendapatan rendah, mendapat pendidikan awal dan membentuk potensi diri, katanya.

"Kita beri keutamaan kepada golongan yang berpendapatan rendah, iaitu ibu bapa hendaklah perpendapatan kurang dari RM1,500 dan kanak-kanak yang kita terima terdiri daripada pelbagai kaum," katanya kepada Bernama, Ahad.

Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 1,693 Tabika Perpaduan dibuka di seluruh negara membabitkan 41,000 pelajar.

"Faktor kemiskinan atau tinggal di kawasan luar bandar tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak maju dalam pelajaran kerana pelbagai kemudahan sudah disediakan kerajaan bagi golongan itu," katanya.

Azman Amin berkata seramai 1,693 guru berkhidmat dengan Tabika Perpaduan di seluruh negara ketika ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 200 guru memiliki diploma dalam bidang pendidikan dari Universiti Sains Malaysia manakala 600 lagi sedang mengikuti kursus diploma perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

"Ia sebagai langkah untuk memantapkan sistem pendidikan di tabika dan memastikan anak-anak prasekolah mempunyai kualiti yang dilatih oleh guru-guru yang mempunyai kelayakan," katanya.

Azman Amin juga berkata pihaknya sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan syarat berhubung umur yang layak mengikuti kursus diploma dalam bidang pendidikan di IPG dilonggarkan daripada 45 kepada 48 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan