42 Anggota Parti PAS Bakau Tua Sertai Umno

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Sebanyak 42 anggota PAS di Bakau Tua di sini bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan PAS yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.

Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.

Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Penaga Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.

"Kami juga mengambil keputusan keluar dari PAS adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN)," kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata tindakan mereka itu juga bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan