Tribunal Pengguna Selesaikan Lebih 8,400 Tuntutan Pengguna

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya menyelesaikan 8,478 tuntutan pengguna melalui pelbagai kaedah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) www.kpdnkk.gov.my, daripada jumlah itu, 3,721 tuntutan diselesaikan menerusi cara penarikan diri, penimbangtaraan (3,311) dan selebihnya perundingan.

Dalam tempoh itu, TTPM menerima 8,827 tuntutan pengguna dengan 4,611 daripadanya melibatkan jenis perkhidmatan manakala selebihnya jenis barangan.

Pakej umrah merupakan kategori tuntutan tertinggi daripada jenis perkhidmatan dengan 428 tuntutan, diikuti agensi pembantu rumah (405), rawatan/pusat kecantikan (403), bengkel kereta (402) dan agensi pelancongan (370).

Bagi tuntutan melibatkan jenis barangan, kategori perabot mencatat tuntutan tertinggi dengan 523 tuntutan diikuti telefon bimbit (519), kereta (497), cabutan bertuah/gores dan menang (405) dan barangan elektrik (290).

Laman web itu menyebut dalam tempoh sama, KPDNKK menerima 9,584 aduan pengguna dan daripada jumlah itu, 5,869 aduan berjaya diselesaikan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia berjaya menyelesaikan 848 daripada 1,008 aduan yang diterimanya sepanjang tempoh berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan