Siasatan Nahas Bas Korbankan Rakyat Brunei Belum Selesai - JKJR

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah masih menyiasat punca kemalangan bas pelancong yang mengorbankan tujuh rakyat Brunei di Tamparuli, Selasa lepas, kata Pengarahnya Herdiansha Abdul Karim.

Beliau berkata siasatan yang dilakukan bersama beberapa pihak termasuk polis dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya itu meliputi pelbagai aspek termasuk faktor manusia serta persekitaran.

"Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas jalan raya itu masih lagi dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Herdiansha menasihatkan semua pengusaha bas ekspres dan persiaran termasuk dari negara jiran agar mematuhi prosedur keselamatan dalam operasi mereka seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Selain mematuhi peraturan jalan raya, mereka juga harus memastikan bas dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, katanya.

Dalam insiden itu, sebuah bas persiaran yang membawa pelancong Brunei dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam sebelum melanggar sebatang pokok besar di Km 8.9, Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan di Tuaran.

Bas yang didaftarkan di Brunei itu sedang dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu dari Tawau.

Ketika kejadian, bas itu membawa 32 orang iaitu 11 lelaki dan 21 wanita, termasuk pemandu serta pembantunya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan