Penganut Kristian Malaysia Raikan Krismas Bersama-Sama Keluarga, Rakan Taulan

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun perayaan Krismas di Malaysia disambut tanpa kehadiran salji, namun penganut agama Kristian warga negara ini dan warganegara lain tetap menyambut perayaan itu dengan meriah.

Sambutan itu diraikan dengan mengunjungi gereja untuk upacara keagamaan dan tradisi saling memberi hadiah serta majlis makan istimewa dengan anggota keluarga dan rakan taulan.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum turut memberikan ucapan "Selamat Menyambut Krismas" kepada rakan mereka yang beragama Kristian menerusi Facebook dan Twitter selain panggilan telefon.

Kebanyakan gereja di ibu negara ini menjadi tumpuan penganut agama itu termasuk warga asing untuk mengikuti upacara keagamaan Hari Krismas.

Keadaan di ibu negara agak lengang tanpa kesesakan trafik berikutan kebanyakan warga kota pulang ke kampung untuk menyambut Krismas dan juga sempena cuti umum esok.

Rumah terbuka Krismas peringkat kebangsaan dijadual diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang di Jalan Semenyih, Kajang, Selangor, esok.

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meluangkan masa mengunjungi rumah terbuka Krismas anjuran masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir.

Ketibaan beliau pada 12 tengah hari disambut ketua perkampungan itu, Peter Thomas Gomes yang mengetuai masyarakat di situ dalam mengadakan sambutan Krismas secara sederhana tetapi meriah sejak malam tadi, yang turut menarik perhatian pelancong.

Perkampungan seluas 11.2 hektar dengan 118 buah rumah itu dihuni kira-kira 1,200 orang keturunan Portugis yang mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan bagi mengeratkan hubungan sempena perayaan itu.

Di SARAWAK, Hari Krismas turut disambut secara sederhana namun meriah oleh penganut Kristian dengan tradisi mengadakan rumah terbuka untuk sama-sama diraikan oleh masyarakat agama lain.

Menteri Pembangunan Sosial negeri Tan Sri William Mawan Ikom yang mengadakan majlis rumah terbuka di Kuching, berkata hubungan baik sesama rakyat berbilang agama dan bangsa di Sarawak digambarkan pada setiap sambutan sesuatu perayaan.

"Di Sarawak, tahap toleransi rakyat berbilang kaum dan agama begitu tinggi sekali. Kita tidak ada masalah untuk bersama rakan-rakan lain bagi memeriahkan sambutan perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina dan perayaan lain," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, rakyat Sarawak pastinya amat beruntung kerana masalah perkauman tidak berbangkit di negeri itu.

Perpaduan yang kukuh membolehkan kerajaan Sarawak memberi lebih banyak tumpuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di setiap pelusuk negeri tanpa mengira agama dan bangsa, katanya.

Di PERLIS, sambutan Krismas berlangsung dalam cuaca cerah tanpa sebarang majlis rumah terbuka kerana tidak ramai penganut Kristian di negeri ini.

Orang ramai dilihat membanjiri Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat sempena cuti Krismas bagi menyaksikan Karnival Kucing Comel 2011 yang berlangsung di situ.

Karnival dua hari bermula semalam itu dipenuhi pelbagai acara termasuk pertandingan kucing comel, pakaian beragam kucing, karaoke serta pertunjukan menjinakkan ular berbisa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan