Mustafa Ali Terperangkap Dalam Fitnah - Hasan

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali disifatkan sebagai terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama muslim, kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Kenyataan Dr Hasan tersebut berhubung dakwaan setiausaha agung parti itu bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan tiga individu di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu.

Dr Hasan berkata, Mustafa sebagai setiausaha agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang berwibawa.

“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali antara setiausaha agung dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin Umno yang sehingga kini setakat yang saya maklum belum dapat diadakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Malah Dr Hasan turut mempersoalkan tindakan Mustafa sambil meminta pengesahan daripada setiausaha agung parti berhubung dakwaan berkenaan.

“Sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas? Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugas merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Hasan meminta pemimpin tertingi parti untuk membuat siasatan secara terperinci berhubung pertemuan yang melibatkan Mustafa termasuk dakwaan pertemuan beliau dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Umno.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan