JKKKP Diminta Kenalpasti Golongan Layak Terima BR1M

Diterbitkan: Ahad, 25 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) diminta mengenalpasti individu atau keluarga daripada tercicir mendaftar untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) dengan segera.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata ini bagi memastikan golongan tersebut mendapat hak mereka tanpa kompromi.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan komitmen JKKKP membantu kerajaan mengedar dan membantu orang ramai mengisi borang tersebut dengan betul dan lengkap.

"Borang BR1M yang diedarkan mulai 10 Dis lepas berjalan lancar dan tiada rungutan orang ramai kerana JKKKP memainkan peranan mereka sewajarnya," katanya kepada pemberita pada Karnival Mara Bersama Rakyat di sini malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata 200,000 borang BR1M telah diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kedah dan lebih 300,000 lagi dijangka diserahkan sebelum tarikh tutup 10 Januari.

Katanya orang ramai yang belum mendapat borang tersebut boleh mendapatkannya di rumah JKKKP, pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Umno dan agensi kerajaan yang terlibat.

Terdahulu semasa berucap merasmikan karnival itu di perkarangan Menara Alor Setar, beliau meminta usahawan memanfaatkan peluang melalui karnival seumpama ini untuk mempromosikan produk selain menjalin hubungan di kalangan mereka.

Turut hadir Pengarah Mara Kedah, Hanafiah Lazim dan Pengurus Besar Menara Alor Setar Hariyati Tahir.

Karnival tiga hari itu yang bermula Jumaat lepas sehingga hari ini disertai 40 usahawan bimbingan Mara yang mempamerkan pelbagai produk seperti makanan, minuman, barangan kesihatan dan kraftangan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan