Perak Sasar Wujud Kedai Tukar Di Setiap DUN Pada 2012

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Perak menyasarkan untuk mempunyai 59 buah kedai runcit di bawah Projek Transformasi Kedai Runcit atau Tukar menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Katanya, setakat ini terdapat 23 buah kedai Tukar di Perak.

"Saya mensasarkan supaya kita dapat meningkatkan jumlah ini kepada 59 buah tahun depan iaitu sekurang-kurangnya satu kedai Tukar di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Bagan Serai di sini, Sabtu.

Tukar merupakan inisiatif kerajaan pusat di bawah Program Transformasi Ekonomi yang bertujuan untuk memodenkan kedai runcit traditional bagi meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang semakin kompetitif masa kini. Baru-baru ini juga, kerajaan mengumumkan akan memperluaskan jualan produk harian pengguna KR1M ke kedai-kedai di bawah program Tukar, bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati barangan keperluan asas pada harga yang lebih rendah.

"Dalam masa yang sama, saya juga telah mengarahkan pengawai saya supaya mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan KR1M untuk melihat peluang untuk memwujudkan lebih banyak KR1M di Perak," kata Zambry. Selain di Bagan Serai, empat lagi KR1M yang beroperasi di Perak ialah di Parit Buntar, Teluk Intan, Bidor dan Manjoi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan