LHDN Kini Dalam Proses Kumpul Data Pemohon BR1M

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

"Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh.

"Jangkamasa yang diberikan kini kurang dari sebulan dan dengan itu kita memerlukan maklumat yang lebih tepat mengenai kawasan yang berpenghuni bagi memudahkan pendaftaran," katanya kepada pemberita.

Ahmad Husni berkata, proses pendaftaran BR1M berjalan lancar dan sejak dilancarkan dua minggu lalu, LHDN telah menerima lebih 2.4 juta borang permohonan di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu dijangka meningkat sebelum tamat tempoh yang ditetapkan iaitu pada 10 Januari tahun depan.

Beliau juga menjelaskan kesemua 304,000 penduduk yang tersenarai dalam daftar e-Kasih akan menerima bantuan secara automatik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan