JPJ Akan Buat Kajian Penggunaan Bas Dua Tingkat

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Jabatan Pengangkutan Jalan akan melakukan kajian berhubung penggunaan bas dua tingkat yang dilaporkan tidak selamat dan juga tidak sesuai bagi perjalanan jarak jauh terutama di laluan yang berselekoh dan sempit.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata, kajian itu akan dilakukan tidak lama lagi.

"Buat sementara ini kita akan lakukan pemeriksaan terhadap bas dua tingkat ini termasuk pemeriksaan brek dan tayar bas sama ada ia mengikut standard yang ditetapkan atau tidak," katanya selepas majlis perasmian penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ, di Kampung Kuala Abang di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri semalam yang mengatakan bas dua tingkat hanya sesuai digunakan di laluan yang selesa seperti di kawasan bandar dan lebuh raya.

Bagaimanapun penggunaan bas dua tingkat yang semakin luas penggunaannya oleh syarikat-syarikat bas di negara ini didapati tidak sesuai untuk perjalanan jauh terutama di kawasan berselekoh serta berbukit kerana ia mempengaruhi kestabilan bas dan berisiko mengakibatkan kemalangan.

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Abdul Rahim pada Jumaat berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) wajar menentukan semula laluan yang boleh menggunakan bas jenis itu bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan