Cadangan Pengamal Media, Doktor & Jururawat Undi Lebih Awal Perlu Diperhalusi SPR - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 24 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Cadangan bagi membolehkan pengamal media, doktor dan jururawat mengundi awal pada pilihan raya umum akan datang perlu diteliti dan diperhalusi sebelum ia boleh dilaksanakan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata untuk itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab mengenai perkara berkenaan harus mengenal pasti kaedah dan kesan pelaksanaannya.

"Cadangan itu perlu diteliti oleh SPR terlebih dahulu. Apakah bidang-bidang yang berkaitan yang perlu diteliti dan diperhalusi dan apakah bidang-bidang yang perlu diketengahkan dan ditambahbaikkan keadaannya," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan harian kepada 21 keluarga Orang Asli di Kampung Ulu Kemin di sini Sabtu, Rais berkata, SPR juga perlu memberi definisi yang jelas mengenai sistem itu jika dilaksanakan.

Katanya, hak-hak pemilih yang mengundi menerusi sistem itu juga perlu ditentukan, sesuai dengan kehendak amalan demokrasi yang diamalkan dalam dunia moden hari ini.

"Dengan cara itu, saya rasa SPR akan dapat mewujudkan satu penilaian (mengenai cadangan itu) yang lebih objektif," katanya.

Cadangan agar pengamal media, doktor dan jururawat diberi peluang mengundi awal disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam laporan awal jawatankuasa itu.

Cadangan itu kemudiannya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Rabu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, buat masa ini cadangan tersebut belum boleh dilaksanakan memandangkan ia memerlukan penelitian dan kajian terperinci oleh SPR dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk keupayaan dan kemampuan suruhanjaya itu untuk menguruskan perkara tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan