Tiada Operasi Khas JPJ Sempena Krismas

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengadakan operasi khas sempena musim perayaan Krismas ini sebaliknya meneruskan dengan pelaksanaan operasi rutin, kata Ketua Pengarahnya Datuk Solah Mat Hasan.

Operasi rutin itu adalah seperti menempatkan anggota penguat kuasa JPJ di 36 teminal bas seluruh negara untuk pemeriksaan bersama-sama pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), katanya.

"Penguatkuasaan secara penyamaran sebagai penumpang bas oleh anggota JPJ juga akan diteruskan selain mengambil tindakan ke atas ulat tiket di terminal bas dan lapangan terbang," katanya kepada Bernama hari ini.

Operasi khas JPJ kebiasaannya diadakan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina seperti melakukan pemantauan di 'jalan-jalan maut' memandangkan pergerakan kenderaan di jalan raya pada musim perayaan tersebut begitu tinggi, katanya.

Jumlah trafik dilaporkan boleh meningkat kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak musim perayaan Aidilfitri dan Tahun Baru Cina berbanding 1.1 juta pada hari biasa, katanya.

Solah berkata bilangan kenderaan di jalan raya dijangka meningkat mulai Sabtu ini kerana orang ramai mengambil kesempatan daripada cuti Krismas, cuti sekolah dan Tahun Baru untuk pulang ke kampung atau bercuti.

Sehubungan itu beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan tidak mengabaikan sebarang langkah keselamatan seperti pemakaian tali pinggang kaledar termasuklah kepada penumpang tempat duduk belakang.

"Kenderaan akan banyak di jalan jadi berhati-hatilah ketika memandu lebih-lebih lagi sekarang musim hujan jalan licin. Kalau boleh kita tak nak berlaku kemalangan," katanya.

Mengenai ulat tiket, Solah berkata bagi tempoh Februari lepas sehingga semalam sebanyak 39 tangkapan dibuat mengikut Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Daripada jumlah itu, 35 tangkapan dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dua di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan dua lagi di Pudu Sentral.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Mohd Saleh Santiman berkata pihaknya dan syarikat konsesi telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi peningkatan jumlah kenderaan bagi memastikan pengguna menikmati perjalanan yang selesa serta selamat.

Katanya antara langkah yang diambil termasuk menambah bilangan kakitangan serta petugas di plaza tol, memaksimumkan pembukaan lorong transaksi di plaza tol selain menggalakkan pengguna untuk menggunakan transaksi eletronik "Touch n Go".

Selain itu hebahan mengenai kejadian hal-hal luar jangka seperti kemalangan juga akan dibuat melalui 'Variable Message System' atau menerusi Twitter untuk membantu pengguna mendapatkan panduan perjalanan yang lebih tepat dan selesa.

Mohd Saleh berkata LLM turut membuat kawalan trafik dengan bantuan anggota RELA di samping meningkatkan kekerapan khidmat bantuan di sepanjang lebuh raya bagi membantu pengguna yang menghadapi masalah.

"Jika berlaku sebarang kemalangan di lebuh raya pengguna boleh menggunakan kemudahan Telefon Kecemasan (ET) yang terdapat di sepanjang lebuh raya yang dihubungkan terus ke Pusat Pengurusan Trafik syarikat konsesi dan LLM atau boleh menghubungi talian hotline yang tertera di atas tiket transaksi untuk mendapatkan bantuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan