Sesiapa Sertai PAS Wajib Ikut Haluan Parti - Abdul Hadi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sesiapa yang menyertai parti itu wajib mengikut hala tujunya serta cara perjalanannya, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman.

Beliau berkata seluruh anggota PAS juga wajib meyakini perjuangan PAS walau pun parti itu tidak diberikan hak yang adil dalam memperjuangkan Islam.

"Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS.

"Namun PAS tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam," katanya dalam kenyataan di laman web rasmi parti itu di sini, Khamis.

Abdul Hadi berkata individu yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang betul pasti akan 'tersungkur' manakala individu yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam parti tanpa mempedulikan adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa 'serigala politik' yang menjadi musuh perjuangan Islam.

Kelmarin, bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata parti itu perlu kembali kepada perjuangan asal menubuhkan negara Islam dan 'tidak tunduk kepada desakan sekutunya DAP'. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan