Ramai Peniaga Gagal Pamer Tanda Harga Barang Kawalan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kegagalan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan yang dikawal merupakan kesalahan paling banyak dilakukan peniaga sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tahun ini dengan mencatatkan 122 kes melibatkan kompaun RM20,100.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata peniaga harus mengambil inisiatif untuk mendapatkan kadbod atau kertas berwarna merah jambu dan meletakkan tanda harga itu.

"Belilah kad manila berwarna merah jambu, guntinglah satu-satu dan pamerkannya.

"Kita sebenarnya bukannya mahu menangkap sesiapa dan mengenakan apa-apa tindakan tetapi disebabkan tugas, pihak penguatkuasa terpaksa mengambil tindakan setelah peniaga tidak mematuhinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pasar besar Tesco Mutiara Damansara di sini hari ini.

Lawatan itu sempena hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas yang akan berkuatkuasa sehingga Selasa depan.

Menurut Tan, bentuk tanda harga merah jambu itu tidak memerlukan sebarang ukuran standard sebaliknya peniaga hanya perlu menggunakan kertas berwarna merah jambu untuk menunjukkan harga barangan berkenaan.

Mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi harga barangan terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Peniaga yang menjual barangan melebihi harga kawalan pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Pada Isnin lepas, kementerian itu mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan