PM Sifatkan Abdul Hamid Othman Tokoh Agama Yang Berjasa Kepada Negara

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman sebagai kehilangan seorang tokoh agama yang banyak berusaha menegakkan syiar Islam di negara ini.

"Saya sedih dengan perginya Allahyarham ... beliau banyak memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara dalam kerajaan dan Umno," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham malam Jumaat.

Perdana Menteri berkata, beliau yang mengenali Abdul Hamid secara peribadi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik hati, prihatin dan sentiasa berusaha untuk membantu orang lain.

Beliau tiba pada pukul 9.10 malam di kediaman Allahyarham di Taman Tenaga Puchong di sini.

Terdahulu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang turut menziarah jenazah Allahyarham berkata, kali terakhir beliau bertemu dan bertanya khabar dengan Allahyarham ialah semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Masa saya jumpa Allahyarham pada perhimpunan agung (Umno), beliau kelihatan sihat dan saya juga ada bertanya kepada Allahyarham sama ada dia masih aktif berpolitik dan dia menjawab masih aktif," kata Abdullah lagi.

Abdullah berkata semasa Allahyarham menjadi Penasihat Agama ketika beliau masih perdana menteri, Allahyarham banyak memberikan nasihat tentang agama kepada kerajaan serta kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

"Kehilangan Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara," kata Abdullah. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke masjid Taman Tenaga Puchong esok untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bohol, Jalan Klang Lama selepas solat Zohor.

Semasa hayatnya, Abdul Hamid pernah dilantik sebagai penasihat agama kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2001 dan kemudian sebagai penasihat agama kepada Abdullah dari 2005 hingga 2009.

Beliau yang juga Penasihat Hal Ehwal Islam kepada Maju Holdings Group meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Allahyarham yang juga merupakan Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja) meninggalkan isteri Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan