Pemimpin Politik Jangan Cuba Sokong Mahasiswa Biadab - Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam memperjuangkan kebebasan, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati.

"Sekiranya mahasiswa menjadi anggota parti pembangkang sekalipun, mereka perlu diajar supaya menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain juga menghormati mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan