Mangsa Banjir Meningkat Lagi Di Johor

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat daripada 908 orang pada pukul 10 malam tadi kepada 932 orang pada 9 pagi ini.

Portal banjir Majlis Keselamatan Negara menunjukkan pusat pemindahan yang dibuka juga meningkat daripada 22 kepada 27 pusat. Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Segamat (13), Mersing (sembilan) dan Batu Pahat (lima).

Mersing mempunyai jumlah mangsa teramai iaitu 432 orang daripada 112 keluarga, Segamat (335 daripada 81 keluarga) dan Batu Pahat (165 daripada 42 keluarga).

Hujan yang sangat lebat menyumbang kepada kenaikan air banjir dengan taburan melebihi 60mm dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan ialah 176mm di Endau, Mersing.

Manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat meningkat ke paras bahaya 9.21 meter manakala Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (6.11m).

Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencapai paras amaran 2.77m, Sungai Bekok di Empangan Bekok dan Sungai Senggarang di Senggarang Batu Pahat masing-masing mencatatkan paras amaran air sungai pada 16.53m dan 3.18m manakala Sungai Segamat di Segamat, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat masing-masing 9.18m dan 19.55m. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan