Madrasah Salihiah: Jawatankuasa Akan Hantar Memorandum Kepada Jemaah Pemangku Sultan

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak di sini akan menghantar memorandum kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak lama lagi bagi membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan madrasah itu.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mansor Ahmad berkata memorandum itu akan dihantar bagi menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri merobohkan madrasah berkenaan untuk dibangunkan sebagai pusat membeli belah.

"Kita akan menghantar memorandum tersebut selepas kita selesai mesyuarat bersama jawatankuasa madrasah dan kemungkinan besar kita turut akan menghantar memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penubuhan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut di sini hari ini.

Beliau berkata madrasah yang dibina pada tahun 1905 itu sepatutnya dijaga dan dibangunkan selaras dengan kemajuan negeri, bukannya dirobohkan.

"Kerana itulah kami menubuhkan jawatankuasa ini suapaya kami dapat bertindak dalam mempertahankan madrasah yang berusia lebih 100 tahun," katanya.

Mansor berkata jawatankuasa itu kini dianggotai 200 ahli dan sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli boleh menghantar nama dan nombor telefon ke talian 011-14717736.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan