Kerjasama Kerajaan Negeri Penting Untuk Jayakan Program Rumah Mesra Rakyat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerjasama setiap kerajaan negeri penting bagi menjayakan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) sejajar dengan rancangan kerajaan persekutuan untuk membina 10,000 unit rumah tersebut tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan negeri yang memiliki senarai permohonan memiliki rumah boleh bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) yang diberi tanggungjawab melaksanakannya.

"Kerajaan negeri perlu menyediakan tanah dengan bayaran premium yang nominal bagi mempercepatkan pembinaan rumah ini," kata beliau pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara SPNB dan Bank Simpanan Nasional untuk program RMR di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata sejumlah RM650 juta peruntukan kewangan diperlukan bagi membina dan membiayai 10,000 unit RMR tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan subsidi RM200 juta untuk program ini seperti yang diumumkan pada pembentangan belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Harga pembangunan sebuah rumah RMR adalah RM65,000 seunit di mana RM20,000 disubsidi oleh kerajaan manakala RM45,000 akan dibiayai oleh institusi kewangan dan pemohon hanya perlu membayar RM150 sebulan.

Bank Simpanan Nasional menjadi institusi kewangan pertama bekerjasama dengan SPNB dalam memberikan pembiayaan untuk projek ini.

SPNB ialah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang bertanggungjawab melaksanakan program perumahan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan