Kelab Putera 1Malaysia Tumpu Bantuan Dalam Negara

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia menangguhkan misi bantuan kemanusiaan ke luar negara bagi memberi tumpuan di dalam negara khasnya kepada mangsa banjir dalam masa terdekat ini.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi bantuan dalam negara diberi keutamaan dan didahulukan berbanding misi bantuan ke luar negara seperti ke Pakistan, Thailand dan Somalia.

"Setakat ini kita dimaklumkan keadaan di kawasan penempatan banjir terkawal dan mangsa banjir berkurangan, namun kita bersedia untuk misi bantuan berupa pakaian, makanan dan pemeriksaan kesihatan," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit barah hidung, Zakaria Awang, 72, di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Azeez berkata 11 buah ambulans milik kelab itu boleh digunakan untuk dikerahkan ke kawasan banjir dan kawasan berisiko banjir jika jumlah mangsa banjir meningkat.

Kelab Putera 1Malaysia juga sudah menyediakan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam di Kampung Attap di sini bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Terdahulu beliau bersama-sama penghibur veteran, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave melawat Zakaria, yang juga peniaga buah-buahan, yang telah menghidap penyakit barah hidung sejak dua tahun lepas.

Zakaria dari Kampung Rambong Batu Tujuh, Baling, menderita barah hidung dan kesakitan apabila ketumbuhan kecil dalam hidung merebak ke bahagian muka dan memerlukan rawatan termasuk kimoterapi dan juga pembedahan plastik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan