Dewan Negara Ditangguhkan, Lulus 29 Rang Undang-Undang, Mansuh 3 Proklamasi Darurat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara yang berlangsung selama 16 hari sejak 7 Disember lepas ditangguh ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Pada persidangan kali ini, sebanyak 29 rang undang-undang telah diluluskan manakala tiga proklamasi darurat iaitu Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977 juga telah dimansuhkan.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang berkata trend undi belah bahagian yang berlaku pada persidangan kali ini agak membimbangkan beliau ekoran perlu mencaturkan masa yang agak terhad dalam sesi kali ini.

Bagaimanapun, beliau telah mendapat maklum balas daripada anggota Dewan Negara mengenai tujuan mereka meminta undi belah bahagian diadakan ke atas rang undang-undang yang dibahaskan di Dewan.

Katanya anggota Dewan daripada pembangkang telah menyatakan bahawa mereka meminta undi belah bahagian untuk menegaskan yang mereka tidak bersetuju dengan kelulusan akta berkenaan.

"Pada hemat saya apabila hendak guna belah bahagian ini boleh tetapi tengok kepada keadaan, fakta dan juga suasana," katanya sebelum menamatkan persidangan Dewan Negara.

Rang undang-undang yang diluluskan termasuk Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011, Rang Undang-undang Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2011, Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011, Rang Undang-undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Rang Undang-undang lain terdiri daripada Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, Rang Undang-undang Kewangan (No.2) 2011, Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti 2011 dan Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pindaan) 2011.

Selain itu, turut diluluskan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Perikanan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Veteran 2011, Rang Undang-undang Perkhidmatan Pos 2011, Rang Undang-undang Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Pencen (Pindaan) 2011.

Rang Undang-undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan)(No 2) 2011, Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia 2011, Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010 (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2011, Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-undang Standard Malaysia (Pindaan) 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan