Bekas Menteri Tan Sri Hamid Othman Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 23 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.

Allahyarham berusia 72 tahun.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.

Sementara itu, Pegawai peribadi Allahyarham, Nor Azhar Yusof dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sebelum meninggal dunia Abdul Hamid kelihatan seperti biasa sahaja sehinggalah beliau tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

Ketika kejadian Allahyarham berada di pejabatnya di Maju Junction di sini.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, jenazah Abdul Hamid telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

Abdul Hamid dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952.

Kemudiannya beliau menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954.

Di bawah asuhan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956.

Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan.

Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian.

Pada tahun 1961, beliau mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Sarjana Muda Perundangan Islam.

Abdul Hamid kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St Andrew, Scotland dan di sana beliau telah memperolehi ijazah doktor falsafahnya.

Pada tahun 1995 beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Pada tahun 2001 beliau telah dilantik sebagai penasihat agama bertaraf menteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari tahun 2005 hingga 2009, beliau juga turut dilantik ke jawatan yang sama kepada Perdana Menteri Ke-6, Tun Abdullah Ahmad.

Selepas bersara dari politik sepenuhnya, beliau telah dilantik sebagai penasihat hal ehwal Islam kepada Kumpulan Maju.

Sejarah Kerjaya:

> Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Klang.

> Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971)

> Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977).

> Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984).

> Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam.

> Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

> Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Penglibatan Politik:

> Memenangi Pilihanraya Umum 1990.

> Ahli Majlis Tertinggi UMNO

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan