Puteri UMNO Mahu Anwar Ibrahim Bersara Daripada Politik - Berita Semasa | mStar

Puteri UMNO Mahu Anwar Ibrahim Bersara Daripada Politik

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana perjuangan beliau jelas hanya berasaskan kepentingan peribadi.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perjuangan ketua pembangkang itu dalam politik bukannya untuk kepentingan rakyat, jauh sekali kepada negara.

"Selain itu, Anwar juga terbukti menggunakan platform politik untuk melunaskan dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) dan melindungi masalah peribadi, kes liwat, video seks serta melarikan diri daripada hukuman undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata yang "paling dikesali Anwar telah menjual maruah politik kepada pengerusi DAP Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela kes liwat beliau.

"Beliau langsung tidak berjuang untuk kepentingan negara. Maka beliau perlu bersara daripada politik segera disebabkan oleh masalah-masalah peribadi beliau yang akhirnya menyebabkan negara kucar kacir dan rakyat berpecah-belah," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan