PMR: Prestasi B.Melayu, Cina, Iban Dan Pendidikan Islam Menurun

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Beliau berkata pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.

Bagi Bahasa Cina, sekalipun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing.

Calon yang mendapat gred A dalam subjek Matematik juga meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, sementara subjek Sains mencatatkan peningkatan empat peratus, katanya.

Bagi mata pelajaran Sejarah, pencapaian gred A menurun 0.9 peratus kepada 20.4 peratus berbanding 21.3 peratus pada tahun lepas.

Seramai 441,137 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah tersebut 34,271 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan