PM Nafi Terima Surat Letak Jawatan Shahrizat

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Tidak, saya tidak terima surat itu, tetapi saya akan komen bila sampai masanya," kata Perdana Menteri apabila ditanya mengenai desas-desus bahawa Shahrizat telah mengemukakan surat peletakan jawatan, bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada jawatan dalam kerajaan atau politik.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Induk Kewangan dan Mata Wang Malaysia Siri Baharu di sini Rabu.

Shahrizat kini berdepan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutifnya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging.

Sementara itu, Shahrizat ketika ditemui pemberita di majlis Karisma bersama pertubuhan sukarelawan di sini Rabu, berkata beliau tahu apa yang perlu dilakukannya dan mampu membuat keputusan sendiri.

"Tidak perlu sesiapa gesa saya. Saya tahu apa yang perlu dibuat," katanya apabila ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin Barisan Nasional yang mahu beliau meletakkan jawatan berikutan isu NFC itu.

Shahrizat berkata beliau hanya isteri pengerusi NFC dan "daripada segi undang-undang dan profesional, saya tiada kena mengena (dengan kes NFC)."

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu itu ialah Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan Timbalan Setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan