Penguatkuasaan Enakmen Cegah Murtad Akan Dibincangkan

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri akan membincangkan pendekatan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam berhubung isu murtad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan itu juga akan menumpukan kepada isu lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) di kalangan masyarakat Islam.

"Saya dah minta supaya Jakim mengaturkan pertemuan tersebut dalam masa yang terdekat supaya kita memaklumkan berkenaan kewujudan enakmen ini kepada masyarakat dan supaya ia dikuatkuasakan," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat tidak menyedari kewujudan enakmen tersebut sejak 1980 lagi sehingga terdapat desakan supaya digubal enakmen atau akta bagi keperluan menangani isu murtad dan LGBT.

Jamil Khir berkata oleh itu perbincangan itu dirasakan perlu dan yang menjadi perkara utama ialah untuk mencapai persepakatan daripada segi pendekatan atau tindakan untuk penguatkuasaan enakmen itu.

Katanya Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam wujud di semua negeri kecuali Perak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan