MAS Tawar Menu Istimewa Bagi Krismas

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan menu istimewa Hari Krismas dalam penerbangan antarabangsanya sempena perayaan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata menu khas itu akan dihidangkan pada 25 Disember, 2011 kepada penumpang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur (KL) ke Hong Kong dan Cape Town serta dalam laluan Eropah, Australia dan New Zealand.

"Menu ini juga akan dihidangkan dalam penerbangan dari Eropah, Australia dan New Zealand ke KL pda 24 dan 25 Disember. MAS berkata penumpang yang mengambil penerbangan dari KL ke destinasi di Eropah, Afrika Selatan, Hong Kong dan rantau Asean pada 25 Disember akan juga menerima kek buah-buahan sebagai ole-ole musim perayaan.

"Penumpang kelas pertama dan perniagaan akan ditawarkan ayam belanda panggang yang dihidangkan dengan 'Au Jus Natural', berangan berkaramel, kentang muda, aparagus serta lobak merah bersalut mentega dan gula yang menggantikan hidangan utama biasa.

"Puding Krismas istimewa juga akan dihidangkan sebagai pencuci mulut," katanya.

Menurut MAS, sebagai gantian bagi hidangan utama biasa di kelas ekonomi, hidangan ayam belanda gulung dengan sos kranberi, kentang muda, kacang buncis dan lobak merah muda sejuk beku akan dihidangkan.

"Kek balak Hari Natal akan mengiringi menu ini sebagai pencuci mulut," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan