Lebih Sejuta Kenderaan Menggunakan Lebuh Raya PLUS Setiap Hari

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara PLUS Expressways Berhad merekodkan lebih sejuta kenderaan menggunakan rangkaian lebuh rayanya setiap hari.

Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad Datuk Noorizah Hamid berkata ekoran daripada jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya PLUS semakin bertambah, sebanyak 1,379 kemalangan telah dicatat melibatkan motosikal pada tahun lepas.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak 39 peratus kes kematian yang berlaku di Lebuh raya PLUS melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Sehingga November lalu pihaknya telah merekodkan sebanyak 130 kes kematian dan 1,350 kes kemalangan yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan (GEMPAK) di sini hari ini.

"Walaupun begitu jumlah kadar kemalangan dan kematian yang berlaku di semua rangkaian lebuh raya PLUS adalah jauh lebih kecil berbanding daripada statistik kematian yang berlaku di jalan negeri dan jalan bandar," katanya.

Program GEMPAK yang berobjektif memberi peluang kepada peserta mempelajari panduan menunggang motosikal secara selamat terutamanya di lebuh raya telah dijalankan sebanyak tiga sesi bermula Oktober lalu dengan sesi terakhir pada 26 Disember ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan