Kerajaan Melaka Bantu Keluarga Mangsa Gigitan Siamang

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan Melaka akan membantu menyediakan kelengkapan persekolahan kepada keluarga seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa gigitan siamang ketika melawat Zoo Melaka baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keluarga tersebut mempunyai lima anak yang bersekolah iaitu pra sekolah, tahun satu, tahun tiga, tahun empat dan tingkatan satu.

Bantuan seperti pakaian dan kasut sekolah itu adalah bagi meringankan beban keluarga Muhammad Afieq Haziq Kamarul Baharin, 3, yang terpaksa menghabiskan masa selama seminggu bagi menemaninya (mangsa) menerima rawatan di Hospital Melaka di sini, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Korporat di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, Rabu.

Muhammad Afieq Haziq cedera parah pada betis kanannya akibat gigitan seekor siamang ketika mengunjungi Zoo Melaka pada 13 Disember lepas.

Mohd Ali turut bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan yang terpaksa menghentikan sementara perniagaan kedai makan yang diusahakan mereka di Klang demi menjaga anak keenam mereka itu.

Perbelanjaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan itu ditaja oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) dan sebelum ini kerajaan negeri menyalurkan RM2,000 kepada mangsa, katanya.

"Lima orang adik-beradik mangsa itu akan dibawa membeli persiapan persekolahan kerana kita percaya kedua ibu bapa mangsa tidak mempunyai masa untuk membawa anak-anak mereka membeli kelengkapan sekolah, disebabkan itu kita berbesar hati membantu meringankan bebanan mereka," katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu memberi keceriaan kepada adik-beradik mangsa untuk melangkah ke sesi baru persekolahan pada 3 Januari depan.

Mohd Ali turut berkata insiden menggemparkan yang berlaku di Zoo Melaka pada minggu lalu, tidak menghalang pengunjung dari dalam dan luar negara untuk terus melawat zoo tersebut.

Setakat ini, bilangan pengunjung yang datang dilihat semakin meningkat ke zoo berkenaan memandangkan kebanyakan keluarga gemar memilihnya sebagai destinasi riadah khususnya di hujung minggu, katanya.

Beliau berkata pihak Zoo Melaka sudah diminta mengadakan lebih pemantauan bagi mengelakkan kejadian itu berulang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan