Kampus Baru Maktab Tentera Darat Siap 2013

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kampus baru Maktab Tentera Diraja (MTD) yang kini di peringkat awal pembinaan dijangka siap pada hujung 2013, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kampus itu yang akan menggantikan kampus sekarang di Kem Perdana Sungai Besi, dekat sini, dijadual dapat beroperasi pada Januari 2014.

"Pembinaan kampus baru itu diharap dapat menyelesaikan masalah seperti ketiadaan air dan elektrik," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah MTD, di sini hari ini.

Beliau berkata fasiliti yang dibina berhampiran kampus sedia ada itu akan dilengkapi kemudahan setanding dengan sekolah berasrama penuh lain di negara ini.

Ini penting dalam usaha kementerian menjadikan MTD antara sekolah berasrama penuh terbaik pada kalangan negara Asean, katanya.

Perbarisan Tamat Latihan Putera MTD kali ini melibatkan 482 pelajar yang terdiri daripada 236 putera Tingkatan Lima dan 246 putera Tingkatan Empat.

Sepanjang pengajian di MTD, mereka mengikuti pembelajaran akademik seperti sekolah menengah lain di negara ini dan juga latihan ketenteraan.

Majlis hari ini juga menyaksikan penyampaian enam anugerah untuk individu cemerlang serta dua anugerah untuk kompeni terbaik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan