Cuaca Diramal Tidak Menentu Sepanjang Hari Natal

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca tidak menentu diramalkan berlaku di kebanyakan negeri di seluruh negara sepanjang sambutan Hari Natal Ahad ini dengan hujan diramal pada sebelah pagi dan malam manakala ribut petir pada sebelah petang.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan cuaca yang tidak menentu itu disebabkan monsun peralihan yang biasanya dikaitkan dengan hujan atau ribut petir pada sebelah petang.

Keadaan cuaca di kebanyakan tempat pada sebelah pagi dijangka baik kecuali di Kelantan, Terengganu, Kudat, Sandakan, Wilayah Persekutuan Labuan dan pedalaman Sabah yang diramalkan hujan di beberapa tempat.

Selain itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Pahang, Johor, serta beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Betong dan Mukah.

Pada sebelah petang, beberapa kawasan dijangka mengalami hujan iaitu di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu dan beberapa tempat di Sabah serta Sarawak manakala hampir semua kawasan diramal mengalami ribut petir di beberapa tempat terutama Selangor, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

Kenyataan itu turut menyebut Wilayah Persekutuan Labuan dan Tawau diramalkan hujan sementara di satu dua tempat pada sebelah petang.

Pada sebelah malam pula beberapa kawasan di Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sarawak serta beberapa kawasan di pedalaman Sabah seperti Sandakan dijangka mengalami hujan.

Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di satu dua kawasan di Pahang dan beberapa tempat di Johor serta bahagian lain Sarawak yang dijangka berterusan sehingga Selasa, 27 Disember ini.

Keadaan ini boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan