Cari Alternatif Lain Untuk Kurangkan Kadar Kemalangan Di Tempat Kerja

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) disaran agar melihat alternatif lain untuk terus mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata alternatif lain seperti Strategi Lautan Biru perlu dilihat dapat membantu melonjakkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan mengurangkan kadar kemalangan.

Sehubungan itu usaha-usaha hendaklah dilipatgandakan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia setanding dengan negara-negara maju, katanya pada majlis Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan di sini malam Rabu.

Beliau juga berkata kadar kemalangan di tempat kerja di Malaysia mencatat penurunan berterusan kepada 5.72 kes bagi setiap 1,000 pekerja pada tahun lepas.

Ini jelas membuktikan kejayaan dalam usaha-usaha berterusan yang dijalankan kerajaan bersama-sama dengan majikan dan pekerja untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Dr Subramaniam berkata Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-MP) 2010-2015 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan komitmen keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua tempat kerja.

Sementara itu, beliau berharap Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan akan terus mempertingkatkan tahap pengamalan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Sebanyak 144 organisasi dari seluruh negara daripada pelbagai sektor pekerjaan menyertai Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan tahun ini dan 21 organisasi dan individu telah dipilih sebagai pemenang.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memenangi Anugerah Khas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pengarah Urusan Freescale Semicondoctor Malaysia Sdn Bhd, Soon Chong Beng memenangi Kategori Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuala Lumpur memenangi Kategori Media. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan