AirAsia Hapus Fi Daftar Masuk Kaunter Bagi Penerbangan Antarabangsa

Diterbitkan: Khamis, 22 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia menghapuskan fi daftar masuk kaunter bagi semua penerbangan antarabangsa di rangkaian laluannya.

Semua tempahan yang dibuat pada 22 Disember ke atas akan dikecualikan daripada bayaran RM10 bagi setiap penumpang bagi daftar masuk kaunter.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu baru-baru ini juga mengurangkan fi pemprosesan bagi penggunaan kad caj semasa tempahan penerbangan daripada RM8 bagi setiap sektor penumpang kepada hanya RM5 bagi setiap sektor penumpang.

Urus niaga debit langsung masih tidak dikenakan caj dengan tujuh rakan kongsi bank mereka di Malaysia.

Penumpang antarabangsa yang telah membayar terlebih dahulu fi daftar masuk kaunter dari 21 September hingga 21 Disember boleh mendapatkan bayaran kredit dengan menghubungi bahagian penjagaan pelanggan menerusi e-borang di http://www.airasia.com/my/en/faqdetailsform.html.Fi daftar masuk kekal bagi penerbangan domestik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan