Pintu Pagar Hospital Pulau Pinang Di Jalan Utama Dibuka Semula

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengurusan Hospital Pulau Pinang membuka semula pintu pagar laluan di Jalan Utama mulai Selasa, bagi kegunaan orang ramai keluar-masuk walaupun ianya didapati berbahaya kerana berhampiran dengan tempat penyimpanan gas dan bahan bakar.

Bendahari Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang, M.Selvasagaran berkata tindakan itu diambil setelah mendapat rayuan orang ramai.

"Sebelum ini kami menutup pintu pagar ini kerana bimbang keselamatan orang awam. Selain itu pesakit juga sering menyelinap keluar dari wad menggunakan laluan ini," katanya.

Selvasagaran berkata sejajar dengan langkah itu, pengurusan hospital akan mempertingkat ciri-ciri keselamatan di kawasan pintu pagar berkenaan.

Pintu pagar itu ditutup sejak Oktober lepas kerana kawasan itu menempatkan bekalan gas oksigen utama hospital, diesel dan jentera dandang. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan