Pindaan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga Diluluskan Dewan Negara

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 yang bukan saja melindungi mangsa daripada aspek penderaan fizikal tetapi juga emosi, mental dan psikologi.

Rang undang-undang itu juga terpakai kepada lelaki dan wanita, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, di sini.

Katanya pindaan rang undang-undang itu antara lain akan membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah untuk menghalang pihak ketiga daripada melakukan keganasan terhadap mangsa dan memudahkan urusan mendapatkan Perintah Perlindungan.

Beliau berkata sebanyak 7,246 kes keganasan rumah tangga telah dirujuk ke Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak bahagian itu diperkenalkan pada 2002.

Katanya jumlah kes yang dilaporkan menerusi talian NUR 15999 dari 2007 hingga 31 Nov lepas adalah sebanyak 535 kes dengan 204 dilaporkan sepanjang 2007 hingga 2008, 58 kes (2009), 120 kes (2010) dan 153 kes dari Jan hingga 31 Nov lepas.

"Antara tindakan terhadap kes yang dilaporkan ialah mangsa akan diberikan perintah perlindungan sementara atau perintah perlindungan, kaunseling serta dirujuk ke Badan Pendamai termasuk diberikan perlindungan di tempat selamat.

"Ahli-ahli Badan Pendamai adalah badan kaunseling yang ditubuhkan JKM atau Jabatan Agama Islam Negeri. Mereka yang dilantik dalam badan itu terdiri daripada pakar-pakar kaunseling, agama, kekeluargaan dan psikologi," katanya.

Beliau turut memaklumkan kepada Dewan Negara bahawa nisbah kaunselor di bawah kementerian dan jumlah kes yang diuruskan adalah 1:12. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan