Pengguna Nikmati Diskaun, Rebat Tol Hingga 37.5 Peratus Di 24 Lebuh Raya Sempena Krismas

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol antara lima dan 37.5 peratus sempena perayaan Krismas yang akan disambut pada 25 Disember ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun dan rebat tol itu melibatkan 20 Syarikat Konsesi dan 24 buah lebuh raya tol.

Antaranya, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) yang menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan mulai 11 malam 24 Disember hingga 8 pagi, 25 Disember.

Selain itu, pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SLDH), Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) pula akan menikmati kadar rebat sepanjang masa sebanyak 10 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 pada 25 dan 27 Disember.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam-Kuang (Guthrie) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) pula menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan dari 6 pagi 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember.

Kenyataan itu turut menyebut bagi pengguna lebuh raya yang lain, rebat tol dan diskaun bermula dari tengah malam 24 Disember hingga 11.59 malam 25 Disember.

Antara lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE).

Yang lain adalah Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Duta Ulu Kelang(DUKE), Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Kajang (SILK), Lebuhraya KL-Putrajaya (KLP), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan