Mangsa Banjir Johor Meningkat Kepada 3,265 Orang

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 3,265 setakat 8 malam Selasa.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebanyak 41 pusat pemindahan dibuka iaitu 23 di Kluang, Segamat (5), Kulaijaya (3), Batu Pahat (4), Pontian (4) serta masing-masing satu di Kota Tinggi dan Johor Baharu.

Kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Isnin Maarof, Kampung Tengah Renggam, Kuil Ketchumi, Kampung Seri Maju Jaya, Kampung Haji Hasim, Kampung Chokro, Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Sungai Linau, Kampung Parit Hassan, Kampung Bentong, Kampung SC, Kampung Baru, Kampung Tengah, Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, Kampung Mengkibol, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Kampung Haji Nor Md Amin di Kluang.

Kawasan lain Kampung Batu Badak, Kampung Paya Dalam, Kampung Spangloi, Kampung Usaha Jaya dan Kampung Poloh di Segamat; SK Bandan, Kampung Parit Haji Kamisan, Kampung Parit Khalil, dan Taman Sri Kota di Batu Pahat dan Kampung Kayu Ara Pasong, Kampung Parit Ramunia, Kampung Parit Yassin, Kampung Tampok, Kampung Lapis Tampok, Kampung Sri Gambut dan Kampung Paya Embun di Pontian.

Turut banjir ialah Kampung Laut Skudai, Johor Baharu; Kampung Sungai Besoi, Kampung Murni Jaya, Kampung Sungai Siam di Kulaijaya serta Kampung Sungai Berangan di Kota Tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.mkn.gov.my atau hubungi Ibu Pejabat Bilik Gerakan Bencana negeri di talian 07-2908012. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan