KLIA, LCCT Disaran Buat Pengumuman Dalam Bahasa Tamil Bermula 1 Januari

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) disaran supaya membuat pengumuman dalam bahasa Tamil bagi penerbangan sektor Chennai, India bermula 1 Jan depan untuk memudahkan pengendalian penumpang dari dan ke destinasi itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata ini kerana jumlah penumpang bagi laluan itu adalah tinggi dan hampir 90 peratus daripada mereka lebih memahami bahasa Tamil berbanding bahasa Inggeris.

Dalam satu kenyataan di sini Rabu, beliau berkata jumlah penumpang yang dikendalikan di KLIA dan LCCT berjumlah 434,050 orang di mana 207,697 penumpang yang berlepas manakala 226,353 penumpang tiba dari bandar utama di India selatan itu.

Katanya jumlah itu meliputi penerbangan oleh pesawat Malaysia Airlines, AirAsia, Jet Airways dan Air India Express.

"Justeru kerajaan bersetuju dengan saranan beberapa pihak agar pengumuman dalam bahasa Tamil dibuat ketika ketibaan atau pelepasan pesawat bagi sektor Chennai memandangkan Malaysia mempunyai ramai penutur bahasa Tamil, tidak timbul sebarang masalah untuk berbuat demikian" katanya.

Saranan penggunaan bahasa Tamil dalam pengumuman untuk ketibaan dan pelepasan pesawat bagi sektor Chennai disuarakan oleh Senator Datuk S.Nallakaruppan pada sesi persidangan Dewan Negara minggu lepas dan ini disokong oleh beberapa pihak termasuk bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan