Kerajaan Akan Bantu Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Kembang Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan sewajarnya kepada Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya akan berbincang dengan pengusaha KIR1M mengenai bantuan yang mereka perlukan melalui inisiatif 'Large Format Growth' di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Kerajaan sentiasa menyokong usaha yang dilakukan usahawan seperti ini yang menawarkan produk berharga rendah yang saya kira amat membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya.

"Pengusaha KIR1M bercadang untuk membuka 30 lagi cawangan pada tahun depan dan saya percaya tentulah mereka memerlukan sumber kewangan yang banyak dan sebagainya, jadi kita akan cuba bantu mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat KIR1M di Plaza Centrum, Setiawangsa di sini Selasa.

Ismail Sabri berkata peruncit kecil-kecilan digalakkan membeli produk jualan mereka terus daripada pengimport atau pengusaha bagi mengurangkan penglibatan orang tengah yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan.

Beliau berkata peruncit juga perlu mencontohi langkah KIR1M yang telah membuktikan bahawa harga barangan berkualiti dapat dijual dengan harga yang jauh lebih murah tanpa penglibatan orang tengah.

"KIR1M dapat produk (ikan) terus dari jeti nelayan, begitu juga produk lain seperti bawang dan buah-buahan mereka beli terus dari pengimport dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), tidak ada penglibatan orang tengah yang menyebabkan harga tinggi.

"Kalau kita boleh 'hapuskan' orang tengah memang kita akan dapat kurangkan harga dan (peruncit) boleh jual murah (kepada pengguna) sebab selama ini orang tengah yang mengambil keuntungan," katanya.

KIR1M pertama yang dibuka pada 9 Dis lepas adalah inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) yang menawarkan harga kira-kira 40 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding harga ikan di pasaran.

Selain ikan, kedai itu yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari juga menjual produk runcit lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan barangan kering. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan