Jururawat, Doktor, Wartawan Masih Belum Dapat Mengundi Awal - Berita Semasa | mStar

Jururawat, Doktor, Wartawan Masih Belum Dapat Mengundi Awal

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memperluaskan kategori pemilih yang boleh mengundi awal kepada jururawat, doktor dan wartawan masih belum dapat dilaksanakan lagi buat masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) itu memerlukan penelitian dan kajian terperinci daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mengambil kira beberapa faktor.

"SPR perlu meneliti dan mengkaji kesan dan juga pelaksanaan syor ini dengan mengambil kira kemampuan SPR dari segi kekuatan dan faktor organisasi SPR yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin di Dewan Negara di sini Rabu.

PSC dalam laporan awal jawatankuasa itu yang dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 Dis lepas telah mengesyorkan jururawat, doktor dan wartawan diberi peluang mengundi awal dan bukan mengundi secara pos.

Cadangan itu adalah antara 10 syor yang dibuat selepas jawatankuasa itu mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu serta maklum balas yang diterima daripada anggota jawatankuasa.

Selain cadangan pengundian awal, cadangan lain yang dikemukakan itu termasuk penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan dan penukaran kawasan pendaftaran.

Cadangan turut menyentuh pembersihan daftar pemilih; pameran rang daftar pemilih tambahan; ketelusan proses mengundi; penambahbaikan proses pencalonan; dan pengukuhan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan