Jakim Tak Siarkan Nama Premis Gagal Akur Sijil Halal

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak bercadang untuk menghebahkan senarai premis perniagaan yang gagal dalam Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak orang ramai daripada salah faham terhadap status halal sesebuah premis itu.

"NCR dikeluarkan setelah Jakim melakukan pemeriksnaan dan mendapati premis berkenaan tidak memenuhi syarat dalam beberapa perkara, contohnya seperti tidak memakai sarung tangan, tidak memakai apron, masalah kebersihan dan sebagainya," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini Selasa, ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah sama ada Jakim akan mengeluarkan senarai premis yang tidak memenuhi NCR.

Mashitah berkata Jakim akan mengadakan perbincangan dengan premis berkenaan dan memberi tempoh kepada mereka supaya tindakan pembetulan boleh dilakukan bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Menjawab soalan Mohammed Najeeb berhubung persediaan logistik dan infrastruktur Jakim dalam usaha menjamin kelicinan pengeluaran sijil halal, Mashitah berkata antara langkah yang diambil adalah meluluskan pelantikan 45 jawatan secara kontrak untuk menambah kepakaran Jakim dalam membuat analisis halal dan dalam pelbagai bidang seperti farmaseutikal, kosmetik dan juga bioteknologi.

Jakim turut mengadakan kursus dan bengkel bagi memantapkan maklumat kemahiran para pegawainya serta menjalankan kerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Veterinar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan, Bahagian Kawalan Kualiti Makanan dan Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan