Firdaus Abdullah Bantu Kendali Persidangan Dewan Negara

Diterbitkan: Rabu, 21 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah pada Rabu dilantik untuk membantu mempengerusikan persidangan Dewan Negara berikutan tamatnya perkhidmatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Armani Mahiruddin semalam.

Semalam, Armani dirai pada satu majlis perpisahan yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.

Armani, 54, mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada 9 Julai 2009.

Ketua Wanita Umno Libaran di Sabah itu, pernah dilantik sebagai Senator bagi tempoh dua penggal dari 20 Dis 2005 hingga 19 Dis 2008, dan 21 Dis 2008 hingga tarikh dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara.

Selain Armani, tiga lagi senator yang akan menamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat adalah Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi (10 Mac 2009 hingga 9 Mac 2012), Datuk Fatimah Hamat (23 Dis 2008 hingga 22 Dis 2011) dan Dr M. Malasingam (10 Mac 2009 hingga 9 Mac 2012). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan